Penyelesaian masalah

Untuk Wi-Fi
Matikan titik capaian (penghala wayarles) dan hidupkannya semula. Pertimbangkan pengguna lain yang mungkin menggunakan rangkaian.
Klik Butiran dan cetak laporan sambungan rangkaian.
Bergantung kepada keputusan diagnostik, jalankan tindakan pembetulan menggunakan satu daripada pautan berikut.
Untuk LAN Berwayar
Matikan kuasa hab dan hidupkannya sekali lagi. Pertimbangkan pengguna lain yang mungkin menggunakan rangkaian. Semak semula sambungan kira-kira satu minit selepas anda mematikan dan menghidupkan semula hab.
Semak kabel Ethernet disambung dengan kemas. Jika lampu status sambungan mati, periksa status lampu dengan menyambungkannya ke port yang lain atau menukar kabel Ethernet. Jika masalah masih tidak dapat diselesaikan, gantikan hab.